Aktiviti-aktiviti yang disediakan di D'Alam Damai Campsite adalah seperti kursus motivasi, team building, jungle trekking, night trekking, flying fox, wall climbing, abseilling dan lain-lain aktiviti outdoor. Pihak kem juga menawarkan pakej hari keluarga kepada organisasi atau syarikat yang ingin membawa kakitangan mereka menikmati dan merasai kedamaian alam di Alam Damai Campsite ini. Pengunjung dijanjikan pemandangan menarik di kelilingi bukit bukau serta konsep penginapan bercirikan kehidupan masyarakat orang asli yang disediakan. Pengunjung juga pasti teruja dengan sajian dan masakan ala kampung yang begitu menyelerakan . Walau bagaimanapun ia bergantung kepada selera masing-masing kerana pihak kami juga menyediakan menu masakan barat berdasarkan permintaan berkumpulan pada satu-satu masa.

Terima kasih

Jalan masuk dari Tapah ke Chenderiang

Jalan masuk dari Tapah ke Chenderiang

Pekan Chenderiang

Pekan Chenderiang

Keunikan D' Alam Damai Campsite

Keunikan D' Alam Damai Campsite


Pengangkutan Para Peserta

Pengangkutan Para Peserta

Apa Anda Patut Tahu?

Kem latihan ini telah mula beroperasi pada 17 Julai 2009.Penyertaan kumpulan pertama adalah terdiri daripada penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak bersama belia-belia dari sekitar Felda Trolak Utara , Perak. Program tajaan Jabatan Belia dan Sukan Perak , dibawah seliaan Sekretariat Rakan Muda, UPSI telah diadakan selama 3 hari 2 malam. Program yang diberi nama Rakan Muda ,Generasi Bebas Jenayah ini bertujuan untuk mendedahkan remaja kepada aktiviti-aktiviti sihat yang boleh mereka lakukan.

Saturday, January 2, 2010

Program Rakan Muda Bersama Belia Orang Asli

Program ini telah dijalankan pada 1 Januari 2010 yang lalu. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato Dr Mah Hang Soon, Exco Kerajaan Tempatan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perak. Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti bola sepak, bola jaring, menyumpit, futsal, sepak takraw, tarik tali, karaoke dan acara kanak-kanak.







Banting / banner yang di pasang di jalan masuk ke D'Alam Damai Campsite





Khemah pendaftaran peserta dan pengambilan makanan/minuman


Cayalah!!! Kuat jugak aku ni yek,,,,Kelihatan wajah wajah ceria En Azizul, En Kassim dan En Ayub yang mewakili Alam Damai Campsite selepas memenangi acara tarik tali yang dipertandingkan.


Ooooi,,mai la beli ooooi. Tak kan sorang pun tak mau minum kot!


Haa,,,,jaga,,nanti akuk bilang tigak ja, kau lipat yak...jangan lipat kain sudah!!!


Ehh,ehh, apasal tali ni berat sangat !!!!!!!!!!!


Pertandingan futsal dan bolasepak berjalan serentak..
Sekian .....